DIY Renovate Dapur Murah | RM 1700

Bismillah. Hari ni aku nak share sikit pengalaman aku renovate dapur rumah dengan bajet limited. Rezeki dapat pindah dari Setia Alam, balik ke Jitra. Seronok tu tak leh nak habaq. Macam kera boleh bunga. Sapa orang Jitra kat sini, mai halo halo sikit. hehe

1- Selepas semuanya dah siap
diy dapur murah

2- Keadaan sebelum mula kerja renovasi
Cabinet asal, tuan rumah upah tukang pecahkan dan buang.

Masa mula-mula survey harga kabinet dapur paling busuk 3k++ (dah la takdak wall cabinet..memang paling basic,sink pun tak dapat )

Fikir punya fikir...last-last best option guna IKEA knoxhult.

Nak sampai ke stage dapat total kos macam ni pun dah berapa round tukar design😅. Inilah hasilnya dapur budget DIY.
Untuk yang nak buat jugak...pastikan ada cukup tools ya! Kerja ni tak mudah sebab tu kalau upah orang jadi mahal..hehe

=======================
Yezza - bukak kedai, berniaga guna Whatsapp. Free je 14 hari


Alhamdulillah. هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي Ini lah anugerah Allah kepada ku. Dapur siap. Tinggal nak masuk barang-barang je lah. Hat ni, aku pass ke mem lah, biar dia buat. haha.

Kos barang:
1- Dua Knoxhult base unit RM 1170.00
2- Satu Knoxhult wall uni RM 315.00
3- Tiga set handle RM 8.70
4- 3 Backsplash RM 117.00
5- Extension RM 16
6- Sinki RM 84

Jumlah RM 1657.70

Barang tak ingat tak tahu harga, Rak kecik, gam silicon, tiles 2x2, rak besi, aluminium frame




COPYRIGHT © 2018 Ajmaloon | Dikuasakan oleh Blogger