Buah-Buahan Tempatan Yang Rare

Selalunya bila sampai musim buah, orang Malaysia akan nampak buah-buahan yang popular saja macam, durian, langsat, manggis. Tapi hangpa tahu tak buah-buah lain yang wujud di Malaysia ini?

1. Buah Nona 
Buah nona bila dah masak, manis rasanya. Tapi selalunya, bagi orang yang tak tahu, dia tak akan makan buah ni sebab rupanya agak menakutkan.

2. Buah Cermai
Buah ni kalau dimakan ketika ia masih putik, rasanya memang pahit berdengung. Kalau dah masak pun, rasa masih agak pahit. Selalu orang buat jeruk je. Biasa balik dari sekolah, beli jeruk ni dalam plastik 'ais krim Malaysia' tu. 




3. Buah Nam-Nam / Buah Katak Puru
Seperti mana nama buah ini, memang rupanya macam kulit katak puru. Tapi jadi terpedaya, rasanya memang sedap manis berlemak.  Tidak seperti buah lain yang tumbuh di ranting-ranting pokok, Buah Kata Puru ini tumbuh di dahan utama pokok.

4. Buah Jentik
Dimanakan buah jentik kerana, cara paling senang nak kupas kulit ialah dengan jara menjentik. Macam mak ayah jentik telinga anak-anak yang nakal tu, macam tu lah kena jentik buat ini. Selalunya rasanya manis. Tapi kalau nasib tak baik, dapat satu ulas yang memang masam kuik. 

Buah Jentik memang rare, jarang dijumpai dijual di tepi jalan kerana ianya tidak ditanam secara komersial. Hanya tumbuh liar di dalam hutan. 

4. Keriang Dot
Mungkin ditempat lain buah ini punyai nama yang berlainan. Tapi, di Kedah buah ini dipanggil Keriang Dot. Kategori anggur Malaysia ni. Jangan tanya kenapa namanya 'Keriang Dot'.

5. Buah Setoi
Aku tengok gambar ni saja pun, sudah membuatkan air liur meleleh. Sudah dapat rasa masam-masam dan pedas-pedas sambal belacan tu........





COPYRIGHT © 2018 Ajmaloon | Dikuasakan oleh Blogger