Antara servis berkala yang perlu dibuat untuk memastikan kereta berada dalam keadaan terbaik dan selamat untuk digunakan ialah servis tayar atau tukar tayar yang sudah lama dan sudah ada 'hairline cracks'.
Mekanik favourite saya di Rahim AUTO mengesyorkan rakan dari rangkaian bisnes beliau, Tyre Valet untuk urusan tuyar kereta. Saya senang menerima cadangan Tuan Rahim kerana, beliau adalah ahli dari BNI (Business Network International) Solusi. BNI adalah platform dimana ahli perniagaan bernetworking dengan ahli perniagaan dari jenis perniagaan yang lain. Ahli-ahli BNI perlu mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk kekal menjadi ahli. Antara faktor yang menyumbang kepada kredibiliti ahli ialah kualiti referral dan servis yang diberikan. Jadi saya menjadi yakin untuk berurusan dengan bisnes dari ahli BNI.
Antara masalah dan cabaran yang biasa dihadapi oleh pelanggan ialah:
- Apa bila sampai di kedai tayar, pelanggan dapat tahu saiz dan jenis tayar yang dikehendaki tidak ada. Pelanggan terpaksa pergi cari kedai lain. Bazir masa
- Besar kemungkinan pelanggan diberi quotation yang mahal dari yang sepatutnya ketika berada di kedai
- Pelanggan tidak punyai peluang untuk membandingkan harga dari jenama-jenama dan kedai-kedai yang lain
- Pelanggan perlu ambil risiko mendapatkan perkhidmatan di kedai yang mempunyai rekod buruk memperdaya pelanggan
Tyre Valet adalah pendekatan bisnes kedai tayar yang sangat unik dan kretif.
- Quotation untuk berapa jenis dan jenama tayar diberikan. Pelanggan diberi pilihan untuk pilih tayar murah, mahal, kualiti tinggi, kualiti rendah
- Pelanggan boleh pilih lokasi terdekat dengan lokasi semasa untuk servis tukar tayar, alignment, tyre rotation. TyreValet mempunyai 28 rangkaian kedai tayar sekitar Lembah Klang.
Bagaimana caranya untuk dapatkan servis Tyre Vallet ni?
- Call / whatsapp nombor ini 012-379 2524. Nyatakan hasrat, minta quotation
- Ajukan pertanyaan berkaitan sehingga puas hati
- Pilih quotation yang sesuai
- Nyatakan tarikh dan waktu untuk membuat pemasangan
- Buat online payment.
- Tyre Vallet akan beri lokasi kedai tayar yang paling dekat dengan lokasi semasa anda
- Pergi ke kedai tayar terdekat
- Jumpa wakil Tyre Vallet. Mereka akan uruskan dari sini.
Mudahkan ?
Saya sudah guna servis mereka. Memang sangat berpuas hati. Berikut saya sertakan screenshot perbualan saya dengan Tuan Empunya TyreValet, Tuan Ahmad Redzuan Tahir. Beliau mesra orangnya. Tidak lokek beri tips penjagaan tayar supaya tayar tahan lama.
1 |
2 |
Tips penjagaan tayar kereta |
3 |
Bayar online kepada Kedai Tayar |
4 |
![]() |
Selfie dengan founder TyreValet |