GoPro - Permulaan dan Action Camera Pertama


Model GoPro Pertama di sebelah GoPro Hero 3+


Episode 1- GoPro-Permulaan dan Action Camera Pertama

NICK WOODMAN - Mamat GoPro

15 tahun yang lalu, ada seorang mamat ni namanya Nick Woodman. Beliau punyai impian dan keingininan yang tinggi untuk jadi usahawan berjaya dan mencipta 'the next big thing'

Beliau mengaku yang dirinya agak tertekan kerana ada percubaan business beliau gagal. 

aku sebenarnya agak tertekan lepas grad dari kolej. Aku betul-betul tertekan selama lebih kurang 6 bulan. Aku bangun pukul 1 tengah hari... baring atas sofa, tengok siling dan berfikir 'Apa benda aku nak buat ni' sumber

Jadi, untuk menghilangkan rasa semak difikiran, beliau buat keputusan untuk pergi trip luncur air di Australia. Kenapa pergi main sukan luncur air? Sebab beliau ialah seorang pemuda yang sangat sukan luncur air ('surf' dalam bahasa luncur air lah aku rasa). 

Antara perkara yang mengecewakan ialah, beliau tidak dapat ambil gambar-gambar cantik aksi beliau meluncur ombak kamera yang beliau ada pada waktu itu susah untuk digunakan ketika berada di dalam air. Dari situ, dia mendapat ilham untuk membangunkan sistem kamera yang akan menyelesaikan masalah ini. 

Produk Pertama Yang Di Reka

Nick sebenarnya mahu letak kamera pada pergelangan tangan supaya ketika surfing dia boleh ambil gambar dengan cepat. Perkara pertama yang beliau buat ialah, mencari jalan bagaimana mahu ikat camera di pergelangan dengan baik dan ketat. 

One of the first Ultimate Strap prototype.
Antara prototype strap yang pertama 

'Ultimate Camera Strap' ialah produk pertama syarikat GoPro, bukannya small action camera yang kita tahu hari ini. 

Tali dan Kamera Tidak Boleh Dipisahkan

Tali bukanlah satu-satunya masalah yang ada. Masalah yang leih besar ialah kamera. Produk yang ada pada waktu itu, tidak sesuai untuk diguna ketika surfing:
  • tidak kalis air
  • berat
  • kalis air tapi mudah rosak
  • besar
Beliau ambil masa selama 2 tahun, pergi ke pameran-pameran kamera sebelum jumpa kamera yang sesuai. Ia adalah kamera 35mm analog yang dihasilkan oleh pengilang China. Kamera cukup murah, tahan lasak dan ringan. Tetapi itu juga memerlukan pengubahsuaian. Masalahnya adalah halangan bahasa.

Di pendekkan cerita, semua perhubungan dibuat melalui email. Nick akhirnya pindahkan USD 5000 ke syarikat dari Shenzhen untuk buat mold. Hasilnya?

Hero 35mm dilancarkan pada tahun 2005.
  • kamera
  • ' clear case with quick release'
  • tali ikat kamera
  •  24 exposure Kodak 400 film.
  • kamera boleh beroperasi sedalam 5 meter bawah air.


Model Pertama GoPro - Hero 35mm

Water Proof Casing Hero 35mm


24 exposure Kodak 400 film

Pada tahun pertama jualan, 2005, GoPro berjaya memperoleh, USD 150,000
Dipercepatkan 10 tahun, 2014, jumlah jualan GoPro ketika itu ialah

 USD 1,394,000,000.00

1.394 Billion Dollar lah senang cerita. 

Sekarang, siapa saja yang tak kenal Brand GoPro ni. Saya ada GoPro. Kawan saya ada GoPro. Baru kelmarin, kawan saya mintak nak pinjam GoPro. Serata dunia ada. Di Malaysia, kita boleh je tengok produk terbaru GoPro di Lazada. Click gambar untuk ke Laman Rasmi GoPro.

Laman Rasmi GoPro

Episod akan datang - Bagaimana GoPro menjadikan pengasasnya, Nick Woodman, seorang Billionaire.

 Like Facebook page Ajmaloon untuk mengikuti perkembangan episod akan datang.


COPYRIGHT © 2018 Ajmaloon | Dikuasakan oleh Blogger