Aku Membesar Dengan 5 'Gadget' Bahaya Ini


Teknologi sekarang berkembang dengan sangat pesat. Syarikat-syarikat pengeluar berlumba-lumba keluarkan telefon pintar yang lebih canggih, ada kamera cantik, screen besar setiap tahun. 

Tapi, sebelum adanya kewujudan syarikat pengeluar teknologi dan gadget, aku membesar dengan gadget-gadget ini. Ada yang mesra kanak-kanak, dan ada juga yang punyai tahap bahaya yang tinggi. 

Mungkin sebahagian dari kita tidak pernah tahu pun kewujudan gadget tradisional ini

1. Bedil Buluh

Bedil Buluh atau orang Baling panggil 'caplong' sebenarnya masuk dalam kategori senjata kecil. Seekor ulat boleh hancur berkecai jika peluru caplong kena tepat pada sasaran. Jika dihalakan ke arah badan, mungkin boleh jadi luka sikit, atau pun gatal. 

caplong
 Cara operasi: 
 1- Ketuk peluru di bahagian hujung 'main core'

2. Tekan pemegang dengan laju. 

2. Senapang Terung
Senapang Terung

 Senapang terung, sejenis senjata kecil dimana kanak-kanak zaman dahulu menggunakannya untuk bermain perang-perang. Peluru paling sesuai adalah dengan menggunakan terung jenis kecil dan bulat. Apabila ada lebih dari 4 orang peserta, game perang-perang kanak-kanak ini boleh menjadi sangat seronok dan mungkin juga mengundang pergaduhan kecil dengan pihak lawan. 

Mengapa?                

Biji terung yang dilepaskan dengan tenaga yang disimpan melalui 'potential energy' getah boleh mencapai tahap kelajuan yang boleh mencederakan tubuh badan. 


Tapi saya punyai pengalaman yang lucu. Seorang kawan saya, pulang ke rumah setelah bermain dengan biji terung yang agak banyak, penuh satu beg plastik. Dia letak biji terung di bawah tangga di dalam rumah, dengan harapan esok tidak perlu lagi cari 'peluru' baru.   



Namun begitu, ibunya nampak peluang dari segi perpekstif berbeza. Habis semua bekalan peluru diambil dibuat sambal.   =p


3. Laga Biji Getah

laga Biji Getah
Game ini simple, straight forward. Seorang cari satu biji getah, diletakkan didalam tapak tangan, biji getah yang tidak pecah, dia lah juara pertandingan. 
4. Mercun Spark Plug

Okay, tahap bahaya game ini sederhana. Perlukan pengubahsuaian terhadap spark plug terpakai. Kekuatan letupan bergantung kepada jumlah beleran yang dimasukkan dan jarak kedudukan spark plug dijatuhkan. 

Kanak-kanak biasanya hanya ada sedikit masa untuk main mercun spark plug sebelum disedari ibu-ibu yang kerisauan. Tapi sebelum Ibu dapat tahu, mercun spark plug adalah seumber kemerian malam raya yang paling utama.

5. Tuju Getah

Tuju getah adalah game popular di kebanyakan tempat di Malaysia. Kebiasaannya, getah-getah yang menjadi pertaruhan akan cuba dijatuhkan dengan getah yang ada di tangan. Game ini boleh bertukar menjadi agak bahaya apabila ada budak nakal, yang menggunakan spark plug sebagai pemberat ibu getah. Harapan, supaya ibu getah boleh pergi lebih laju. Tapi bahaya besar menanti jika ibu getah spark plug terkena rakan-rakan yang memerhati. 

Permainan, gadget apa yang menjadi kegilaan anda suatu ketika dulu? Komen dibawah


COPYRIGHT © 2018 Ajmaloon | Dikuasakan oleh Blogger