Sambutan Tahun Baru Cina Pasti Meriah Dengan Portable Speaker Ini

1. JBL Go Portable Bluetooth Speaker
portable speaker


JBL Speaker ini boleh dikategorikan sebagai speaker mini. Boleh muat dalam tapak tangan dan tidak akan ambil ruang yang besar dalam beg. Kualiti pembinaannya agak memuaskan dengan grill logam dibahagian hadapan dan getah sekililingnya. 

Anda boleh charge bateri dengan USB cable yang akan ambil masa selama satu jam setengah untuk capai 100% dan anda boleh guna selama sekitar 5 jam. 

Ada banyak pilihan warna, jadi anda boleh pilih ikut warna yang paling menarik dimata. Walaupun kecil, JBL tidak kompromi kualiti bunyi. Dengan kapasiti tenaga 3w, JBL Go pasti mencipta suasana hari raya di dalam ruang tamu. 

Harga: RM 70 di Lazada. 


2. SonicGear Aquarius

SonicGear Aquarius bluetooth speaker ini tampil unik dengan ciri mini air pancur dan lampu lip-lap yang bergerak selari dengan rentak irama musik. Aquarius hadir dengan built in bateri, jadi anda boleh bawa ke mana-mana. Tapi disebabkan design air pancur yang mengambil sebahagian besar dari kesuluruhan saiz speaker, anda perlu jadi kretif untuk memuatkannya di dalam beg. 

Pun begitu, speaker yang berharga RM 59.00 akan menjadi satu pertambahan yang menarik perhatian di ruang tamu atau bilik tidur. 


3. Logitech X50

Speaker berbentuk bulat dari Logitech ini memang sangat sesuai untuk dibawa ke mana mana. Muat dalam tapak tangan dan mungkin juga boleh muat dalam poket seluar. Jika anda kreatif, anda memanfaatkan design speaker ini dengan menggantungkannya di tempat yang anda suka. Kalau pergi camping, boleh sangkut atas dahan pokok, kalau naik basikal pun, boleh sangkut di handle. Sangat portable. 

Berbeza dengan dua speaker di atas, Logitech X50 mampu bertahan selama 13 jam dalam 1 kitaran charge. Tapi, ianya adalah yang termahal, RM 99.00

Bagi saya, jika saya diberi pilihan, saya akan pilih Logitech X50. 



COPYRIGHT © 2018 Ajmaloon | Dikuasakan oleh Blogger